Notis Privasi
Notis ini menerangkan apa yang berlaku kepada maklumat anda bila anda guna laman ayamgepuktokmat.com, milik AGTM GROUP Sdn Bhd ("Tok Mat").
Maklumat yang kami kumpul
Laman ini tiada borang dan tidak meminta nama, nombor telefon atau emel anda. Kami tidak guna kuki pengiklanan atau penjejakan.
Butang "Outlet paling dekat"
Kalau anda tekan butang ini, telefon anda akan minta kebenaran lokasi. Lokasi itu hanya digunakan dalam telefon anda untuk kira jarak ke cawangan, dan tidak dihantar atau disimpan oleh kami.
Perkhidmatan luar
Peta dimuat dari OpenFreeMap (data © OpenStreetMap). Seperti mana-mana laman web, pelayan mereka boleh nampak alamat IP anda semasa memuatkan peta.
Butang Waze, Google Maps, WhatsApp, telefon dan media sosial akan membuka aplikasi atau laman pihak tersebut, yang tertakluk kepada polisi privasi masing-masing.
Borang Kerjaya dan Aduan dikendalikan oleh laman Wix kami, yang tertakluk kepada polisi privasi Wix.
Hubungi kami
Ada soalan tentang privasi? Emel sales@ayamgepuktokmat.com atau hubungi +60 17-261 2113 / +60 3-8922 0562.
2-1, Level 1, Jalan Puteri 3A/3, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor
Dikemas kini: 2026-11-21
Ayam Gepuk Tok Mat